ALOR SETAR – Seramai 100 penduduk dari enam taman perumahan menyertai perarakan kemerdekaan sempena Program Kembara Asyura Merdeka di Taman Saga di sini hari ini.
Peserta terdiri daripada penduduk Taman Saga, Taman Tunku Yaakob, Taman Mangga, Kampung Tok Seron, Kampung Ganding dan Kampung Kampung Kuala Alor.
Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Islam Taman Saga, Dr. Abdul Salim Tajuddin berkata, program perarakan itu merupakan acara tahunan penduduk di kawasan tersebut.
Katanya, program berkenaan diadakan bertujuan untuk menyemai semangat patriotik dalam kalangan penduduk terutama golongab muda selain mengeratkan hubungan sesama mereka.
“Perarakan ini disertai penduduk daripada pelbagai lapisan umur dengan berjalan kaki, berbasikal dan menunggang motosikal sejauh 3.5 kilometer (km).
“Peserta termasuk kalangan kanak-kanak dan warga emas dilihat sangat bersemangat menyertai perarakan ini sambil mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya di sini hari ini.
Ujarnya, program kembara itu bertambah meriah dengan aktiviti kacau bubur asyura.
“Sebanyak tiga kawah bubur asyura telah disediakan oleh jawatan kuasa penduduk dan semua bubur asyura itu akan diagihma kepada seluruh penduduk di sini.
“Dalam program ini juga, kita turut mengadakan pemeriksaan kesihatan , cabutan bertuah serta pengagihan 100 kilogram ikan kembung kepada setiap peserta,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE