fbpx

Yusof Les Quentet kini uzur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yusof menunjukkan gambar kenangan kumpulan kugiran Les Quentet ketika ditemui di Kampung Melayu, Kluang baru-baru ini.

KLUANG – Bekas anggota kumpulan kugiran Les Quentet yang pernah popular dengan lagu Bunga Ros ketika era 60an kini menderita akibat masalah penglihatan yang dihadapinya sejak tujuh tahun lalu.

Yusof Sulaiman, 77, yang kini tinggal bersama dua anaknya di Kampung Melayu dekat sini turut menjalani dua pembedahan untuk membuang selaput mata bagi membolehkannya melihat dengan lebih baik.

Mengimbau zaman kege­milangannya, pemain gitar bass kumpulan itu berkata, Les Quentet terdiri daripada lima orang dan hanya sempat merakamkan empat buah lagu dalam satu piring hitam sehingga menjadi siulan ketika itu. Lagu-lagu itu ialah Bunga Ros, Menanti Dinda, Berpisah ­Akhirnya dan Merindu.

“Ketika pertunjukan pentas di Kluang pada tahun 1968, kumpulan kami dijemput untuk menjadi band pengiring kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Puan Sri Saloma dan Datuk Ahmad Jais,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini baru-baru ini.

Menurut Yusof, selepas berhadapan dengan masalah penglihatan, dia hanya duduk di rumah kecuali pada waktu pagi dan petang kerana dia akan pergi ke Masjid Jamek Kampung Melayu untuk membuat kerja-kerja pembersihan.

“Melalui kerja yang tak seberapa ini, saya dibekalkan barang-barang keperluan dapur untuk kegunaan harian sebulan sekali.

“Alhamdulilah selepas pembedahan kali kedua yang dilakukan awal tahun ini dapat me­ngurangkan masalah penglihatan, namun saya tetap bimbang jika ia berulang semula,” katanya yang berhasrat untuk menemui semula rakan seangkatannya bagi mengenang kisah kegemilangan mereka ketika aktif di dunia hiburan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI