JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita mendapati suaminya menyembunyikan nombor telefonnya daripada melihat status Whatsapp lelaki berkenaan, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dirakam oleh wanita berkenaan dan dimuat naik dalam akaun Instagram @dear.suamiistri.
Wanita itu sedang memeriksa telefon bimbit milik suaminya. Dia hairan kerana suaminya sudah lama tidak memuat naik bahan di status Whatsapp.
Apabila diperiksa, suaminya ternyata menyembunyikan status Whatsapp daripada akaunnya.
Dengan cara itu, wanita berkenaan tidak dapat melihat hantaran yang dimuat naik oleh suaminya.
“Serius memeriksa telefon bimbit suami saya. Sudah lama tidak muat naik status, baru tahu aku disekat,” demikian kenyataan di video tersebut.
Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Kalau saya, jangan sesekali buka telefon suami,” kata seorang netizen.
“Saya terbalik, malas status dilihat suami walaupun tiada apa-apa yang penting,” komen netizen lain. – Agensi