fbpx

Tidak mengapa jika tiada yang hargai – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

PETALING JAYA – “Saya ikhlas memimpin Malaysia. Tidak mengapa jika tiada yang menghargai,” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi luahan bertarikh 22 Ogos dimuat naik pada Facebook malam ini.

Berdasarkan hantaran tersebut, Najib meluahkan isi hati sepanjang hampir 10 tahun memimpin Malaysia malah, beliau menyatakan sudah memberikan yang terbaik serta cuba yang terbaik.

“Hanya Allah SWT Maha Mengetahui, hanya Allah SWT memahami pengorbanan saya sepanjang perjalanan ini. Memikul bahtera UMNO dan Barisan Nasional (BN) berjuta-juta ahlinya, mengurus parti dan menampung keperluan.

“Dari pusat ke bahagian ke cawangan dan ke akar umbi, yang akhirnya ke tangan rakyat, meringankan beban yang ada. Merakyatkan kerajaan dan memberikan segala yang ada kepada golongan benar-benar memerlukan,” katanya.

“Pengorbanan peribadi saya (masa dan keluarga) dari fajar subuh hingga ke senja mentari. Kini berhadapan dengan dugaan berat menguji saya dan keluarga. Saya hadapi, mungkin inilah harga pengorbanannya,” katanya.

Najib berkata, beliau mula aktif dalam dunia politik dan perkhidmatan awam pada 1976 iaitu kira-kira 46 tahun hingga hari ini.

“Dunia politik ini ada yang kata licik dengan penganiayaan, kejam, bermusuhan, keikhlasan dibalas pengkhianatan dan penghinaan. Saya sendiri telah melihat dan mengalami kesemua ini sehingga kini,” katanya.

Mengulas lanjut, Najib berkata, mungkin itu adalah perjalanan yang ditakdirkan di dunia buat beliau.

“Ada yang kata naik tidak memijak lawan, jatuh tidak mengheret kawan. Saya rasa dalam politik, anda tidak boleh menjadi seorang ‘gentleman’. Tetapi itulah keperibadian saya, bagaimana saya boleh menjadi seseorang yang bukan diri saya?

“Sepanjang masa ini saya hanya mahu berikan usaha terbaik saya. Menyelesaikan masalah legasi ditinggalkan pemimpin lama kepada saya dan mengharungi beberapa krisis kewangan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI