fbpx

Seorang wanita, 2 lelaki cedera ‘King’ terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta Perodua Myvi terbalik menyebabkan tiga individu yang berada dalam kereta itu cedera.

KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk seorang wanita cedera ringan selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbalik di Lebuh Raya Sungai Besi menghala Pusat Bandar awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK II) Md Izzat Ahmad berkata, Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.24 pagi.

“Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian didapati sebuah kereta Perodua Myvi terbalik dan terdapat seorang wanita dan dua orang lelaki cedera ringan,” ujarnya hari ini.

Menurutnya, dengan tindakan pantas anggota bomba, pada pukul 2.46 pagi mangsa berjaya dikeluarkan.

“Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan menggunakan ambulans,” ujarnya.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 3.24 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI