fbpx

Penganjur nafi RM lelaki terkacak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RM

TC Candler, penganjur kempen 100 Lelaki Paling Kacak Dunia menafikan anggota BTS iaitu RM dinobat sebagai lelaki terkacak dunia menewaskan hero adi wira Superman, Henry Cavill seperti yang tersebar.

TC Candler dalam satu kenyataan berkata, mereka belum pun mengeluarkan senarai Top 5 kategori tersebut, apatah lagi sudah ada pemenang.

“Kepada sesiapa yang bertanya dan menyebarkan berita palsu itu, kami belum pun keluarkan senarai akhir untuk 2022.

“Kami cuma akan keluarkan senarai penuh Top 100 pada akhir Disember nanti. Walaupun kami sangat kagum dengan RM dan Henry Cavill, tiada siapa antara mereka sudah dipilih sebagai pemenang atau memasuki Top 5.

“Belum ada sebarang keputusan untuk 2022 sebelum kami buka undian pada Disember nanti. Kalau anda nampak berita mengenai perkara ini dalam media sosial, tolong abaikan dan jangan kongsi,” kata kenyataan tersebut.

Sebelum ini, heboh apabila RM atau nama sebenarnya Kim Nam-joon, 28, diumumkan pemegang baharu gelaran itu dan Cavill dikatakan berada di tempat kedua.
Ini bukan pertama kali anggota BTS dinobatkan gelaran itu. Sebelum ini, Kim Tae-hyung atau V turut pernah memegang gelaran tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN