fbpx

Peneroka rugi RM70,000 kebun dicerobohi gajah liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Rawi menunjukkan pokok pisangnya yang dirosakkan seekor gajah liar di Felda Mengkawang, Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seorang peneroka kerugian hampir RM70,000 setelah kebun tanaman hilirannya Di Felda Mengkawang, Ajil di sini musnah dicerobohi gajah liar sejak seminggu lalu.

Mat Rawi Osman, 70, berkata, kebun durian, nanas, kelapa dan pisangnya sudah tiga kali dicerobohi haiwan liar itu dalam tempoh seminggu termasuk kejadian terbaharu pada semalam.

“Setakat ini, 35 anak pokok durian Musang King berusia setahun mati dikerjakan gajah liar itu.

“Selain itu, 1,000 pokok pisang pelbagai spesies, 3,000 pokok nanas dan 30 pokok kelapa turut musnah,” katanya ketika ditemui di kebunnya di Felda Mengkawang, Ajil di sini hari ini.

Mat Rawi berkata, dia percaya kebun tanamannya diserang seekor gajah liar yang disyaki terpisah daripada kumpulan kawanannya.

Jelasnya, gajah liar yang merosakkan kebun yang baru diusahakanya pada lima tahun tersebut berkemungkinan tersesat dari hutan berhampiran.

“Ini kali pertama gajah liar tersesat masuk ke Felda Mengkawang sejak saya mula menjadi peneroka pada hampir 50 tahun lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI