fbpx

Pembeli rumah LBS berpeluang menang hadiah bernilai RM1.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hock San (tengah) bersama pengurusan tertinggi LBS bergambar selepas majlis pelancaran Kempen LBS Fabulous Extra 2022/2023 di Kita Cybersouth, hari ini. FOTO FARIZ RUSADIO

SEPANG – Pembeli rumah LBS Bina Group Berhad (LBS) berpeluang memenangi pelbagai hadiah bernilai RM1.5 juta menerusi kempen cabutan bertuah LBS Fabulous Extra 2022/2023.

Kempen yang diadakan bermula 1 Julai 2022 sehingga 31 Disember 2023 itu layak disertai oleh pembeli hartanah (rumah) LBS dengan harga bermula RM300,001.00 ke atas.

Sebanyak 22 buah Perodua Axia, 41 buah motosikal SM Sports 110R dan 33 Sony 5.1 ‘Cinema Home Soundbars’ (pembesar suara pawagam) ditawarkan kepada pembeli yang bertuah.

Selain itu, orang ramai turut berpeluang memenangi 51 buah basikal Decathlon Rockrider ST30 dan televisyen Panasonic 40 inci termasuk pelbagai peralatan elektrik rumah.

Pengerusi Eksekutif LBS Tan Sri Lim Hock San berkata, rentetan daripada kempen terdahulu yang diadakan pada 2021/2022, LBS kini kembali dengan tawaran hadiah yang lebih lumayan.

Menurutnya, kempen baru itu terbahagi kepada dua fasa yang diperluaskan melalui Facebook dan Instagram mulai 1 Julai hingga 16 September ini.

“Bagi fasa kedua pula, ia akan diadakan dalam bentuk karnival di beberapa lokasi terpilih bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

“Oleh itu, untuk kempen kali ini, kami telah menggandakan lebih banyak hadiah yang mana pembeli rumah mempunyai peluang lebih tinggi untuk memenanginya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran kempen itu di Galeri Jualan Kita, Cybersouth, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pembeli rumah LBS turut menikmati beberapa insentif tambahan.

“Ia melibatkan yuran tempahan rendah sebanyak RM200, pengecualian yuran guaman, ganjaran kesetiaan, skim pembayaran flexi, yuran keluar sifar dan pakej perabot.

“Orang ramai boleh melayari www.lbs.com.my atau hubungi 1700 81 8998 untuk pertanyaan lanjut mengenai produk dan kempen terkini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI