fbpx

Pelumba Tobaki Pink keenam terpantas ujian masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harith Farhan (kiri) sewaktu sesi kelayakan Kejuaraan Cub Prix di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Pelumba pasukan Tobaki Pink Racing, Harith Farhan Baharin mencatat masa keenam terpantas pada sesi kelayakan Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Gong Badak di sini hari ini.

Pelumba harapan pasukan bagi kategori CP125 itu merekodkan masa 51.574 saat (s) dalam sesi kelayakan bagi Kumpulan B.

Seorang lagi wakil pasukan Tobaki Pink Racing, Saiful Azhary Muhamad pula mencatat masa terpantas peribadi 54.069s di kedudukan ke-14 dari Kumpulan A.

Catatan masa tersebut begitu pun masih belum cukup membawa kedua-dua pelumba ke pusingan ‘shoot out’ pagi esok, bagi merebut kedudukan petak 10 terbaik bagi perlumbaan sebenar di sebelah petang.

Hanya lima pelumba terpantas dari Kumpulan A dan B akan beraksi pada sesi ‘shoot-out’ di Litar Permotoran Terengganu itu nanti.

Sementara itu, pelumba sandaran Tobaki Pink Racing bagi kategori Wira KBS, Danny Mikhail Khairul Fauzi mencatat masa ketujuh terpantas dalam sesi kelayakan dengan catatan 52.359s.

Irfan Danish Arfan dan Nur Dini Uzma Abdullah pula masing-masing di tempat kesembilan dan ke-10 selepas merekodkan masa 55.545s dan 55.573s di litar sepanjang 1.3 kilometer itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI