fbpx

Menjiwai erti merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sambutan meriah bulan kemerdekaan. - Gambar hiasan
SYED MOHD. HAZIQUE SYED NOR
WARTAWAN EKSEKUTIF

TANGGAL 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat negara Malaysia mencapai kemerdekaan serta bebas daripada penjajah.

Merdeka bermaksud bebas. Bebas daripada penjajahan, kurungan malah juga naungan.

Kemerdekaan sebuah negara adalah antara nikmat serta kejayaan terbesar yang dapat dicapai sesebuah negara.

Namun, masih ramai rakyat yang masih belum faham akan makna kemerdekaan. Makna pada diri, masyarakat dan negara.

Sudah tentu kita dapat melihat, generasi-generasi baru mahupun remaja masa kini perlu disematkan serta dihayati erti kemerdekaan dan cintakan negara bukan sekadar hari cuti buat mereka.

Pakar Sosiologi Universiti Selangor, Dr. Mohd. Zaidi Mohd. Hajazi berkata, golongan muda perlu diberi lebih banyak ilmu pengetahuan serta makna erti kemerdekaan kepada sesebuah negara itu.

“Golongan ini mungkin kurang fahaman tentang makna serta sejarah-sejarah bagaimana negara kita hendak mencapai status merdeka. Justeru itu mereka tidak dapat menghayati erti kemerdekaan itu sendiri.

“Generasi muda masa kini merupakan masa hadapan negara, dan mereka perlu diberi ilmu kemerdekaan dari kecil lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini baru-baru ini.

Tambah Zaidi, lebih meme­ritkan apabila kebanyakan anak-anak muda masa kini tidak mengambil peduli tentang sejarah pembentukan negara serta pengorbanan yang dilakukan masyarakat dahulu sebelum mencapai status negara yang merdeka.

“Orang muda adalah pe­mimpin di masa hadapan, jika mereka tidak ambil peduli tentang perihal negara, maka sejarah kemerdekaan negara ­hanyalah sia-sia serta akan terkubur ditelan zaman,” ujarnya.

Justeru itu, jelasnya, semua pihak perlu memainkan peranan mereka di dalam usaha memastikan anak-anak muda di negara menghayati makna kemerdekaan serta pengorbanan yang dilakukan oleh orang-orang dahulu.

Menurutnya, kerajaan sudah melakukan pelbagai cara dalam usaha memupuk sema­ngat kemerdekaan serta pelbagai pertandingan serta usaha telah direncanakan terutamanya kepada belia negara.

“Kita boleh lihat sendiri, kerajaan membuat pertandingan, sajak, syair, kibar Jalur Gemilang dan pelbagai lagi.

“Pertandingan seperti ini memberi peluang kepada anak muda menghayati serta memahami erti kemerdekaan itu sendiri,” jelasnya.

Tambahnya, ibu bapa serta guru-guru di sekolah juga berpe­ranan penting dalam memastikan mereka berjiwa patriotik.

“Jika seperti di rumah, ibu bapa boleh membuat aktiviti-aktiviti yang boleh menambah ilmu pengetahuan tentang kemerdekaan seperti membaca novel, lagu, serta filem-filem berkait tentang perkara tersebut.

“Guru-guru pula memainkan peranan seperti mengadakan bulan kemerdekaan di sekolah, memberi penekanan terhadap pentingnya mata pelajaran ­sejarah untuk mengetahui ­sejarah negara serta mungkin aktiviti-aktiviti virtual yang membuatkan pelajar-pelajar ini berminat untuk mempelajari tentang negara sekali gus menanam jiwa patriotik dalam diri mereka,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI