fbpx

Kastam Sabah rampas 100,500 bungkus rokok bernilai RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 100,500 bungkus rokok tidak bercukai bernilai RM2 juta dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah.

KOTA KINABALU – Sebanyak 100,500 bungkus rokok tidak bercukai bernilai RM2 juta dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah dalam serbuan ke atas sebuah lori membabitkan cubaan menyeludup di Jalan Lama Penampang – Papar, Lebuh Raya Pan Borneo pada Sabtu lalu.

Dalam pemeriksaan pukul 3.40 petang itu, turut ditahan dua lelaki warga tempatan berusia 26 dan 62 tahun.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Cheong Yu Min berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan, pihaknya menahan sebuah lori tiga tan disyaki membawa barang-barang tak berkastam di jalan terbabit.

“Hasil pemeriksaan ke atas lori berkenaan mendapati kira-kira sebanyak 100,500 bungkus rokok pelbagai jenama yang disyaki barang-barang tidak mempunyai cukai ditemui dengan anggaran nilai selepas cukai RM2 juta.

“Selain itu, dua suspek ditahan bagi tujuan siasatan lanjut.

“Modus operandi kes ini adalah dengan mengangkut barang-barang tak berkastam dengan menggunakan lori tiga tan jenis lori kotak bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, ” katanya dalam sidang media di Wisma Penguatkuasaan, Sepanggar hari ini.

Mengulas lanjut, Yu Min menyatakan siasatan awal mendapati rokok berkenaan dipercayai untuk pasaran tempatan di Kota Kinabalu atau kemungkinan daerah-daerah lain.

Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sumber rokok seludup berkenaan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI