fbpx

Jepun cadang bina loji nuklear baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) memeriksa tahap radiasi menggunakan meter tinjauan di loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi pada 21 Februari 2021 – AFP

TOKYO – Kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan untuk membina loji jana kuasa nuklear generasi akan datang (NGNP) bagi menyokong matlamatnya dalam mengurangkan pelepasan karbon serta menyediakan bekalan elektrik yang stabil, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin. 

Cadangan itu menandakan peralihan besar dalam dasar tiada tenaga nuklear baharu sebelum ini.

Rancangan tersebut termasuk memanjangkan tempoh perkhidmatan maksimum untuk reaktor nuklear sedia ada melebihi 60 tahun.

Jepun enggan membincangkan secara konkrit dasar kuasa nuklear selepas gempa bumi dan tsunami yang dahsyat pada Mac 2011 yang telah melumpuhkan loji Fukushima Daiichi.

“Kerajaan akan menerajui pelbagai langkah untuk memulakan semula loji tenaga nuklear kami,” kata Perdana Menteri, Fumio Kishida dalam persidangan mengenai transformasi industri dan penyahkarbonan. 

Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri telah mengkaji pembangunan NGNP dan sebelum ini mengeluarkan proses pembangunan bayangan untuk menaik taraf reaktor dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan menjelang tahun 2030-an.

Kerajaan Jepun dilaporkan mungkin menerima pakai rancangan tersebut. Ia dijangka mempertimbangkan untuk memanjangkan jangka hayat operasi loji tenaga nuklear secara berkesan dengan tidak mengambil kira tempoh di mana ia ditutup semasa dalam semakan oleh Pihak Berkuasa Kawal Selia Nuklear (NRA).

Bagaimanapun, lanjutan sedemikian boleh mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan reaktor sedia ada yang lebih terdedah kepada kemalangan. 

Berikutan bencana Fukushima, Jepun memperkenalkan piawaian keselamatan yang lebih ketat dengan mengehadkan operasi reaktor nuklear kepada 40 tahun dalam dasarnya.

Tempoh operasi tambahan selama 20 tahun mungkin dijalankan jika peningkatan keselamatan dibuat dan reaktor lulus dalam pemeriksaan oleh pengawal selia.

Jepun sebelum ini menetapkan sasaran untuk penjanaan tenaga nuklear menyumbang 20 hingga 22 peratus kepada bekalan elektriknya pada tahun kewangan 2030. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI