fbpx

Hillary Clinton kecundang kepada Kim Kardashian dalam kuiz undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Clinton (kiri) tewas di tangan Kardashian dalam kuiz undang-undang dengan mata 11 berbalas 4. - EOnline

WASHINGTON – Bekas wanita pertama Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton tewas mengejut kepada selebriti media sosial, Kim Kardashian dalam satu pertandingan kuiz undang-undang, lapor laman berita  RT semalam.

Kardashian menewaskan Clinton dengan mata 11 berbalas 4 dalam kuiz undang-undang yang dirakam untuk episod ‘Gutsy’ iaitu dokumentari baharu yang dihoskan oleh ahli politik dan anak perempuannya, Chelsea Clinton.

Chelsea memainkan peranan sebagai ketua kuiz dan pertandingan itu yang  memaparkan soalan mengenai isu undang-undang jenayah seperti penggunaan kekerasan maut dan kriteria perbuatan mempertahankan diri.

“Ia sangat memalukan,” kata Clinton secara berseloroh mengenai kekalahannya dalam temu bual dengan majalah People. 

Namun Chelsea mendakwa kepantasan menekan buzzer adalah faktor kemenangan Kardashian dalam pertandingan tersebut.

“Ada ketika saya dapat melihat ibu tahu apa jawapannya tetapi dia tidak menekan buzzer tepat pada masa,” kata Chelsea.

Kardashian lulus peperiksaan untuk pelajar undang-undang tahun pertama yang dikenali sebagai ‘baby bar’ dengan tiga kali percubaan berbanding Clinton yang mempunyai ijazah undang-undang dari Universiti Yale yang berprestij.

Bapa Kardashian, mendiang Robert Kardashian, adalah seorang peguam bela jenayah terkenal Los Angeles. Dia mendapat kemasyhuran kerana membantu mewakili O.J. Simpson dalam perbicaraan pembunuhannya pada 1995. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI