fbpx

Batal tawaf pegang tangan suami isteri tanpa berlapik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perbuatan segelintir pasangan suami isteri muda berpegangan tangan tanpa berlapik sewaktu melakukan tawaf boleh menyebabkan ibadah tersebut terbatal.

Menerusi video dimuat naik oleh pendakwah bebas, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre pada Instagram, beliau menegur perbuatan tersebut yang dilihat seolah-olah menjadi trend pada masa kini.

“Sekarang ini ramai pergi umrah, syukur banyak-banyak. Allah pilih dalam kalangan tetamu, alhamdulillah syukur sangat.

“Banyak-banyak orang pergi umrah, ada satu trend suami isteri biasanya pasangan muda. Kadang-kadang mereka berjalan hendak tawaf dan ketika itu berpimpin tangan. Kita lihat, ‘sweetnya’. Jadi boleh ke tidak sebenarnya?,” katanya menerusi rakaman itu.

Ustaz Syed Abdul Kadir berkata, mengikut Mazhab Syafie, pandangan paling kuat apabila pasangan suami isteri bersentuhan tanpa berlapik, maka batal wuduk.

“Syarat tawaf mesti ada wuduk, jadi bila batal wujud maka, batal tawaf tersebut.

“Memang betul ada pandangan kedua Mazhab Syafie yang diguna pakai iaitu, yang menyentuh batal dan disentuh pula tidak batal.

“Habis kalau sudah pegang tangan macam itu, bukankah kita menyentuh dan disentuh dua-dua sekali,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, ada pandangan dipilih Muzakarah Tabung Haji ketika terdesak iaitu tersentuh tangan atau kaki sebagainya berikutan terdapat mazhab yang menyatakan kaki bukan aurat.

“Sewaktu tawaf ia dimaafkan, maknanya kita tidak perlu ambil wuduk. Itu pun terpaksa (sentuh) bukan sengaja hendak pegang.

“Kalau takut hilang, pegang kain telekung atau pegang kain ihram. Jadi tidak ada masalah, jangan berpimpin tangan.

“Mudahan ‘sweet’ apabila tawaf itu adalah kita bermunajat, berdoa kepada Allah dijaga hubungan kita dan kekal sampai syurga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI