PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan tiga buah daerah di negeri Johor pagi ini.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu melibatkan daerah Tangkak, Muar dan Batu Pahat.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Tangkak, Muar dan Batu Pahat dijangka sehingga pukul 12 tengah hari ini.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE