fbpx

Aceh kaji undang-undang benarkan ganja untuk perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia membakar ladang ganja yang dikesan di Aceh pada Mac 2020. - BNN

JAKARTA – Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) wilayah Aceh merancang untuk menggubal undang-undang yang mengawal penggunaan ganja bagi tujuan perubatan, lapor laman berita Detik, kelmarin.

Rancangan bagi menggariskan kanun itu merujuk kepada Peraturan Menteri Kesihatan (PMK) No. 16 Tahun 2022.

Ketua Suruhanjaya DPR Aceh, M. Rizal Falevi Kirani memaklumkan, terdapat penglibatan pelbagai pihak untuk meneliti penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.

“Baru-baru ini, isu ganja untuk perubatan ada dikeluarkan PMK No. 16 Tahun 2022. Ini adalah asas yang kita akan kaji secara lebih menyeluruh lagi mengenai undang-undang ganja perubatan,” kata Rizal.

Tambahnya, beliau mahu ganja perubatan ‘dihalalkan’ untuk menyembuhkan pesakit yang menghidap pelbagai penyakit.

“Justeru, saya berpendapat amat penting untuk Aceh membuat kajian dan mewujudkan undang-undang tertentu.

“Bermula dari situ, kita akan menyusun mekanisme dan prosedur berkenaan perkara yang dilarang dan dibenarkan,” ujar Rizal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI