PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 menunjukkan peningkatan kepada 3,206 kes semalam dengan empat kes import berbanding 2,636 kes kelmarin sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia sebanyak 4,730,327 kes.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan 1,018 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 35,988 kes.
Sejumlah 2,180 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,696,221 orang.
“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,092 kes diikuti Kuala Lumpur (583), Sabah (297), Perak (236), Negeri Sembilan (186), Sarawak (119), Melaka (114) dan Kedah (110).
“Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Johor (104), Pulau Pinang (93), Kelantan (87), Pahang (62), Putrajaya (58), Terengganu (44), Perlis (12) dan Labuan (sembilan),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.
Pada masa sama, sebanyak sembilan kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,185 dan BID 7,690.
Sebanyak 34,626 kes dikuarantin di rumah, 22 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,271 kes di hospital, 27 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 42 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE