fbpx

Wanita sarat mengandung antara ditahan kes tipu pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis sedang mengesan Norsyazwany bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan tidak wujud di Baling.

BALING – Polis bertindak menahan dua wanita berusia 30 tahun dan memburu seorang lagi suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan tidak wujud dikenali sebagai Savingbywanie @ free cash dengan kerugian kira-kira RM1.2 juta.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, dua suspek termasuk seorang yang sarat mengandung ditahan di daerah ini kira-kira pukul 5.30 petang, semalam.

“Seorang lagi suspek yang juga seorang wanita berusia 23 tahun dikenali sebagai Norsyazwany A. Rahim dari Kampung Landak Hilir, Jalan Baru di Kupang di sini sedang dikesan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, setakat ini pihaknya menerima sebanyak 33 laporan polis daripada 33 mangsa membabitkan nilai kerugian RM1.2 juta.

“Kerugian yang dialami mangsa adalah antara RM1,000 hingga RM95,000,” ujarnya.

Menurutnya, salah seorang mangsa merupakan pembantu pembantu kedai berusia 30 tahun mendakwa tertarik dengan satu iklan di Facebook atas nama Eypolwaniey yang mengiklankan tentang pelaburan atau simpanan diberi nama Savingbywaniey pada awal Jun lalu.

“Pengadu tanpa berfikir panjang bersetuju untuk menyertai pelaburan dengan modal sebanyak RM6,000 dan dijanjikan akan mendapat pulangan RM12,000 dalam tempoh dua bulan iaitu pada 15 Ogos lepas,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI