fbpx

Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dipaksa pulang awal dari Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EE YI-YEW SIN mempamerkan aksi terbaik di Terbuka China apabila mara ke pentas separuh akhir esok.

BEREGU lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin berdepan kejutan pada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun apabila tersingkir di pusingan kedua selepas tewas kepada wakil Singapura, Terry Hee-Loh Kean Hean.

Pada perlawanan di Gimnasium Metropolitan Tokyo semalam, pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia tahun lalu itu akur dengan kekalahan straight set 20-22, 20-22 dalam tempoh 40 minit.

Ee Yi menjelaskan, mereka kecewa dengan keputusan tersebut kerana menjangka dapat meloloskan diri ke pusingan ketiga hari ini, namun terpaksa akur apabila dipaksa pulang lebih awal.

“Secara keseluruhan, sudah tentu kami sangat kecewa dengan kekalahan hari ini (semalam) kerana kami jangka untuk pamer kemampuan pada Kejohanan Dunia, namun gagal untuk lakukannya.

“Semua orang tahu, setiap kejohanan pasti ada kalah dan menang, jadi hari ini (semalam) merupakan salah satu hari di mana kami tewas dalam perlawanan,” katanya sejurus tamat perlawanan semalam.

Sementara itu, Yew Sin pula menganggap mereka gagal untuk mengeluarkan permainan sebenar selain membenarkan pemain lawan untuk bermain lebih bebas serta menguasai sepenuhnya permainan.

“Saya fikir kami tidak tampilkan aksi seperti yang dimahukan selain permainan meyakinkan ditampilkan pemain Singapura sehingga membolehkan mereka bermain dengan tenang dan bebas.

“Mungkin untuk kejohanan akan datang kami perlu yakin dengan diri sendiri dan nikmati perlawanan. Selepas ini kami akan duduk semeja dengan jurulatih dan berbincang mengenai kesilapan yang dilakukan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI