fbpx

Tak sempat habiskan aktiviti memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot dan pemancing yang ditahan Maritim Selangor.

KUALA SELANGOR – Hasrat 10 lelaki menghabiskan tiga hari bagi aktiviti memancing di laut terbantut selepas bot dinaiki mereka didapati tidak mempunyai lesen yang sah.

Situasi itu menyebabkan mereka bersama seorang tekong ditahan kira-kira pukul 2.15 petang di kedudukan 34.2 batu nautika barat di Tanjung Karang, kelmarin.

Kesemua mereka merupakan warga tempatan itu berusia 40 hingga 76 tahun.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, bot itu dikesan ketika Kapal Maritim (KM) Bagan Datuk sedang melakukan rondaan Ops Ehsan, Ops Benteng Laut dan Ops Belangkas di sekitar perairan Selangor.

Difahamkan, semua pemancing itu baharu bertolak pada Isnin lalu dengan trip memancing mereka dijangka selama dua hari tiga malam.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut tidak mempunyai lesen pengoperasian yang sah.

“Selain itu, bot tersebut juga tidak dilengkapi dengan peralatan komunikasi dan alat keselamatan seperti pemadam api,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siva Kumar memaklumkan Maritim Selangor turut berjaya menahan sebuah bot nelayan kelas C kerana melanggar syarat sah lesen di lokasi berhampiran bot pemancing tersebut, selang 35 minit kemudian.

Ujarnya, semakan mendapati bot tersebut didaftarkan di Hutan Melintang, Perak telah menangkap ikan di luar kawasan dibenarkan.

Pemeriksaan lanjut menemui tiga lelaki termasuk tekong dipercayai warga Indonesia berusia 20 hingga 39 tahun di bot nelayan itu dan gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah.

“Kesemua mereka termasuk pemancing telah dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia.

“Kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI