fbpx

Sorok duit mangsa scam, lelaki didenda RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Halimee dijatuhi hukuman denda RM4,000 selepas mengaku salah menyembunyikan wang mangsa scam, tiga tahun lalu.

MELAKA – Padah sanggup menjadi keldai akaun, seorang lelaki diperintah membayar denda sebanyak RM4,000 atau lapan bulan penjara jika gagal bayar selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Abdul Halimee Azman, 35, yang membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah menyembunyikan sesuatu harta melalui sebuah akaun bank milik tertuduh iaitu wang hasil penipuan Macau Scam daripada mangsa penama Rosidah Manah@Manap, 56, berjumlah RM10,000.

Tertuduh pada ketika itu juga didapati mengetahui bahawa wang tersebut diperolehi daripada cara penipuan.

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 12.54 sehingga 12.59 tengah hari di sebuah bank di Ayer Keroh pada 12 September 2019.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya merayu hukuman ringan diberikan dengan alasan telah menyesal dengan perbuatannya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fikri Hakim Zamri memohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI