fbpx

Sanna Marin minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARIN semasa kunjungan ke kediaman rasmi Perdana Menteri Jepun di Tokyo pada 11 Mei lalu. - AFP

HELSINKI – Perdana Menteri Finland, Sanna Marin memohon maaf kelmarin berhubung gambar menghairahkan sekali gus  kontroversi  yang dirakam di kediamannya, kurang seminggu selepas  pemimpin berusia 36 tahun itu mengundang kritikan apabila klip video memaparkan dia berpesta menjadi tular.

Gambar yang disiarkan  media Finland itu menunjukkan dua wanita sedang bercium, mendedahkan dada  dan menutup payudara mereka dengan slogan bertulis ‘Finland’.

Marin mengesahkan kelmarin bahawa gambar itu dirakam  di kediaman rasminya di Kesaranta, selepas dia menghadiri festival muzik yang berlangsung pada 8 hingga 10 Julai lalu.

“Saya rasa gambar ini tidak sesuai, saya minta maaf untuk itu. Gambar seperti ini tidak sepatutnya dirakam,” kata Marin kepada pemberita di Helsinki.

Katanya, beliau mempunyai ‘kawan’ di kediamannya pada masa itu. Mereka bersantai pada ‘waktu petang’ dan ‘pergi ke sauna’.

Gambar itu pertama kali diterbitkan dalam aplikasi TikTok oleh bekas peserta ratu cantik Miss Finland dan pesohor  media sosial. Dia turut muncul dalam foto tersebut.

Artikel lidah pengarang akhbar terbesar negara di Finland, Helsingin Sanomat kelmarin menyatakan bahawa Marin kelihatan tidak ‘terkawal’, manakala lebih banyak gambar dan video kehidupan peribadinya mungkin didedahkan kepada umum.

Perdana Menteri itu menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia pada minggu lalu apabila muncul dalam  video yang menunjukkan dia ligat menari dan berpesta dengan sekumpulan rakan dan selebriti.

Sesetengah netizen menafsirkan komen yang didengari dalam klip video itu sebagai merujuk kepada narkotik, namun dinafikan sekeras-kerasnya oleh Marin.

Didorong oleh kontroversi yang melanda, Marin menjalani ujian dadah pada Jumaat lalu untuk menepis sebarang syak wasangka.

Sampel air kecilnya diuji untuk kehadiran pelbagai jenis dadah, namun keputusannya adalah negatif

“Ujian dadah yang dilakukan oleh Perdana Menteri Sanna Marin pada 19 Ogos 2022 tidak menunjukkan kehadiran dadah,” kata pejabat Perdana Menteri Isnin lalu sambil menambah, keputusan tersebut disahkan oleh doktor. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI