fbpx

[VIDEO] Rosmah tidak memberi respon soal pengampunan diraja Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datin Seri Rosmah Mansor ketika pulang selepas memberi sokongan kepada suaminya, Najib yang menghadiri perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini hari ini./ FOTO SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor bergerak pulang selepas mengikuti perbicaraan Datuk Seri Najib berhubung kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau yang keluar sekitar pukul 3.39 petang itu hanya memberitahu tentang khabar kesihatan suaminya yang dua hari sudah dimasukkan ke penjara.

“Datuk sihat, Alhamdulillah.

“Terima kasih banyak banyak kerana datang beri sokongan,” katanya kepada pemberita.

Namun begitu, beliau mendiamkan diri apabila ditanya berhubung pengampunan diraja sama ada sudah difailkan atau belum.

Isteri bekas Perdana Menteri itu kemudian meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dengan kenderaan yang beliau hadir tanpa iringin polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI