fbpx

Program realiti sooka cari siapa pencuri hati jejaka popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APLIKASI penstriman sooka kini mencari peserta wanita bertuah untuk memenangi cinta selebriti lelai misteri.

TERINSPIRASI dengan program realiti mencari cinta sedia ada dalam dan luar negara, aplikasi penstriman hiburan tempatan, sooka bakal memperkenalkan sebuah siri Originals program realiti cinta melibatkan selebriti yang pertama di Malaysia menjelang Disember ini.

Lebih menarik program realiti cinta tersebut menampilkan seorang selebriti misteri popular, yang sering menjadi tumpuan ramai.

“Fenomena program realiti mencari cinta merupakan trend yang diminati oleh generasi milenial pada masa kini. Kami amat gembira kerana berpeluang untuk memperkenalkan siri Originals sooka yang berinspirasikan format rancangan realiti tersebut pada hujung tahun ini.

“Kami berharap program ini memberi peluang kepada peserta dan peminat untuk mengenali selebriti pujaan mereka dengan lebih dekat sebagai individu tersendiri, di luar profesion sebagai artis. 

“Format program ini juga akan lebih mengetengahkan keserasian personaliti para peserta bersama selebriti tersebut, berlandaskan konteks yang bersesuaian dengan sensitiviti budaya tempatan. 

“Kami juga berharap program ini akan menggalakkan syarikat produksi tempatan untuk memberanikan diri untuk menghasilkan kandungan yang lebih kreatif pada masa akan datang.” kata Emarina Mohd Kamal, Ketua Rancangan di sooka.

Selebriti lelaki misteri

Bercakap tentang selebriti lelaki misteri yang bakal jadi rebutan, Emarina berkata, selebriti terbabit bukan sahaja popular bahkan masih bujang dan senang dibawa bermesra.

“Kami berpendapat rancangan ini bakal mendapat sambutan memberangsangkan, dengan adegan-adegan penuh drama demi mencuri hati selebriti misteri tersebut. 

“Sudah pasti tarikan utama adalah untuk menyaksikan keserasian bakal peserta bersama selebriti tersebut sebagai pendorong kepada pada peminat untuk terus menonton kisah selanjutnya sehingga ke episod terakhir, ” tambah Emarina.

 Penyertaan program realiti cinta berkenaan terbuka kepada golongan wanita bujang di Malaysia berusia antara 21 – 45 tahun. Penyertaan boleh dibuat dengan menghantar video durasi pendek ‘Mengapa saya ingin berkenalan [selebriti pilihan ], namakan tiga selebriti tempatan popular yang ingin anda kenali dan emelkan video atau pautan ke [email protected].

Permohonan harus disertai dengan subjek e-mel: ‘Penyertaan: Saya ingin mengenali selebriti lelaki paling popular’. Program realiti  berkenaan dijadualkan memasuki tayangan eksklusif di sooka menjelang akhir tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI