fbpx

Mentua minta bersabar walau diseksa suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Isteri dipukul, ditendang dan disepak oleh suami, namun tidak berdaya untuk membuat laporan polis hanya disebabkan keluarga mentua tidak membenarkan.

Itu realiti berlaku dalam masyarakat pada masa ini seperti dikongsikan oleh peguam syarie, Nabilah Rahim menerusi hantaran pada Facebook.

Beliau menceritakan, ada situasi isteri berdepan keganasan rumah tangga tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa tetapi, keluarga mentua meminta supaya bersabar.

“Reliti keadaan rumah tangga apabila dipukul, disepak dan ditendang, ada juga yang minta bersabar.

“Ia adalah keganasan rumah tangga dan tidak patut dibiarkan. Isteri pertahankan hak anda, keluar buat laporan dan jangan duduk serumah lagi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengajak golongan isteri yang berdepan situasi tersebut segera bangkit dan melakukan tindakan sepatutnya.

“Katakan tidak kepada keganasan rumah tangga,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI