fbpx

Maxis anjur bengkel eKelas Usahawan untuk golongan wanita B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Maxis bakal menganjurkan bengkel eKelas Usahawan edisi Hari Malaysia pada 24 September ini memfokuskan kepada usahawan wanita daripada komuniti B40

Ketua Jenama dan Pemasaran Maxis, Tai Kam Leong berkata, eKelas Usahawan merangkumi siri bengkel pemasaran digital dengan pendekatan praktikal dan amali untuk memperkasakan usahawan. 

Menurut beliau, modulnya  adalah panduan dan kemahiran asas pemasaran, fotografi digital, penulisan naskah iklan, serta kempen pengiklanan melalui platform dalam talian dan media sosial.

Bengkel dalam talian ini terbuka kepada usahawan sedia ada dan juga bagi mereka yang beraspirasi untuk menjadi usahawan.

“Kapasiti terhad sehingga 300 peserta sahaja,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Selain itu, Maxis telah  melancarkan filem bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, “Apalah Generasi ini?” untuk mengiktiraf belia Malaysia sebagai pemimpin kini dan masa depan. 

Filem ini memberi penghormatan kepada belia sebagai pembentuk budaya dan pemacu ekonomi digital, selain meraikan semangat mereka yang berani dan progresif dalam menghadapi kemungkinan baharu.

“Apalah Generasi ini?” mengikuti cabaran beberapa anak muda tempatan yang cuba mencari pekerjaan dalam masyarakat yang patuh dengan norma baharu. 

Respons temu duga mereka didedahkan dengan cara yang unik, dan kita akhirnya mendapati bahawa individu-individu ini adalah  pencipta kandungan dan pembuat video yang mempunyai kemahiran digital untuk berkembang maju pada masa hadapan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI