fbpx

Mahkamah lengang tanpa penyokong Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di pekarangan mahkamah lengang dengan ketiadaan kelibat penyokong Datuk Seri Najib Razak

KUALA LUMPUR – Suasana di pekarangan mahkamah lengang dengan ketiadaan kelibat penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak setakat ini, pukul 10.50 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.

Siri-siri kehadiran bekas Perdana Menteri itu ke mahkamah sebelum ini dibanjiri dengan penyokongnya menunggu keputusan di luar mahkamah sebagai tanda sokongan.

Baru-baru ini, Kosmo! melaporkan hari ini merupakan kali pertama Najib muncul di mahkamah selepas menjalani hukuman penjara selama dua hari di Penjara Kajang.

Kemunculan Najib adalah bagi menghadiri perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Selain hari ini, esok Najib sekali lagi akan dibawa daripada penjara ke Mahkamah Tinggi di sini bagi menghadiri perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB bagi mengelakkan dirinya dikenakan tindakan undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI