fbpx

Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara pusingan ketiga di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA mengambil masa 36 minit untuk mencatat kemenangan ke atas Atilano di Gimnasium Metropolitan Tokyo semalam.

PERSEORANGAN lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia mara ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo selepas menyingkirkan pemain tidak ternama dari Portugal, Bernardo Atilano.

Pada aksi di Gimnasium Metropolitan Tokyo semalam, juara Asia itu hanya mengambil masa 36 minit untuk menang 21-9, 21-13 ke atas wakil Eropah tersebut.

Meskipun berdepan pemain bukan pilihan, Zii Jia tetap menampilkan permainan sebenar, sekali gus menjadi aksi pemanas badan terbaik bagi pusingan ketiga hari ini.

Pada aksi itu, pemain di ran­king kelima dunia itu dilihat bergelut di awal set pertama, namun kembali memperkemaskan rentak dan menjarakkan mata sebelum meraih kemenangan.

Bersambung set kedua, Zii Jia mendapat suntikan semangat untuk mengekalkan aksi konsisten selain meletakkan Atilano berada dalam keadaan tertekan, seterusnya menamatkan saingan dengan 21-13.

Sementara itu, beregu lelaki kebangsaan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut melangkah ke pusingan ketiga selepas menang 22-20, 21-18 ke atas wakil Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han.

“Aksi hari ini (semalam) sangat sukar kerana berdepan beregu Taiwan ini bukan aksi mudah. Kami berdepan set pertama yang cukup rumit, namun kami cuba untuk bertenang dan fokus pada permainan sendiri.

“Memasuki set kedua, kami dapat menampilkan permainan sendiri. Pemain lawan ada ke­lebihan dari segi fizikal, jadi kami perlu bijak dari segi taktikal,” kata Wooi Yik.

Mengiringi Zii Jia dan Aaron-Wooi Yik ke pusingan ketiga hari ini adalah beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M.Thinaah yang mudah menewaskan pasangan muda India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand menerusi aksi straight set 21-8, 21-17.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI