fbpx

Kanser otak ubah nasib lima beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminah menguruskan suaminya yang terlantar akibat strok ketika ditemui di rumahnya di Kampung Batu Lintang, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

SUNGAI PETANI – Seorang isteri menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas suaminya yang menghidap kan­ser otak kini terlantar setelah diserang strok sejak Mac lalu.

Aminah Hashim, 39, yang me­rupakan suri rumah berkata, tanggungjawab mencari rezeki sebelum ini terletak di bahu suami, Mohd. Zulkhairi Saidin, 44, yang bekerja sebagai pengurus lapa­ngan di kedai serbaneka.

“Selain menjaga suami dan membesarkan anak-anak, saya perlu keluar berniaga dengan mengusahakan kedai runcit di Taman Seri Gedung yang dibuka pada hujung tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Kampung Batu Lintang di sini baru-baru ini.

Aminah memberitahu, sebelum ini mereka menetap di Taman Sri Wang dan terpaksa membawa suami serta tiga anak berpindah ke rumah peninggalan ibu mertua di Kampung Batu Lintang kerana terletak berdekatan rumah saudara-mara yang lain.

“Suami memerlukan penja­gaan rapi dan bergantung susu yang diberi melalui tiub yang dipasang di lehernya. Kakak ipar (Hasni Saidin) turut membantu menjaga suami sekiranya saya keluar berniaga,” ujarnya.

Ceritanya, episod duka itu bermula pada 2011 apabila suaminya diserang sawan dan mudah pengsan sebelum disahkan kanser otak tahap tiga pada 2018.

Sejak itu tahap kesihatan lelaki itu merosot dan terpaksa berulang-alik ke hospital.

“Bimbang tentang masa depan kami, suami berhenti kerja pada 2021 dan mengeluarkan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dijadikan modal membuka kedai runcit. Tiga bulan kedai beroperasi suami di­serang strok,” katanya.

Mohd. Zulkhairi menerima bantuan susu dan lampin pakai buang serta pencen ilat selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Walaupun mendapat ban­tuan, saya masih perlu bekerja kerana harus menjelaskan bayaran seperti rumah, motosikal dan bil-bil utiliti lain berjumlah RM2,000 sebulan,” ujarnya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional Aminah Hashim bernombor 02124-41-00006619-8 atau menghubungi wanita itu di talian 012-422 9051.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI