fbpx

Ikan ‘zombi’ hilang sebahagian besar badan masih hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna Reddit bingung bagaimana ikan itu terselamat. - Reddit

WASHINGTON – Satu rakaman video memaparkan detik luar biasa seekor ikan ‘zombi’ terus berenang di dalam air walaupun sebahagian besar badannya hilang, lapor akhbar The Sun semalam.

Haiwan marin itu dirakam mempunyai kecederaan yang mengerikan sehingga mengejutkan penonton. 

Video yang dikongsi di laman Reddit itu membuatkan pengguna bingung dengan mereka mempersoalkan bagaimana ikan itu masih terselamat daripada kecederaan tersebut.

“Maksud saya, semua organnya masih utuh,” kata seorang pengguna.

“Bayangkan kesakitan yang ditanggung semasa membuat pergerakan untuk berenang. Saya berasa sangat sedih terhadapnya,” komen pengguna lain.

Menurut sebuah organisasi hak asasi binatang yang berpusat di Amerika Syarikat, People for the Ethical Treatment of Animals (PETA), pakar neurobiologi telah lama menyedari bahawa ikan mempunyai sistem saraf yang memahami dan bertindak balas terhadap kesakitan.

“Sesetengah makhluk laut juga mempunyai keupayaan untuk menumbuhkan kembali bahagian badan, manakala bukti menunjukkan prospek kelangsungan hidup ikan tersebut adalah tipis,” kata PETA. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI