fbpx

Hadi Minallah: Siasat warga tempatan atau asing terlibat di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zawawi (empat kanan) menunjukkan plak penghargaan yang diterima pada program itu.

SHAH ALAM – Siasatan lanjut masih dijalankan sama ada ajaran sesat Hadi Minallah melibatkan warga tempatan atau asing.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan dikeluarkan mengenai kewujudan ajaran itu di negeri ini.

Katanya, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan memperincikan laporan berkaitan ajaran sesat tersebut.

“Setakat ini, kita masih menunggu siasatan dan laporan penuh berkenaan.

“Kenyataan lanjut akan dikeluarkan JAIS dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Forum Kesedaran Penipuan Dalam Talian dan Pelancaran Aplikasi Whoscall di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan Jabatan Agama Islam JAIS akan membentangkan laporan terkini ajaran Hadi Minallah dalam mesyuarat Jawatan Kuasa Pengawalan Akidah hari ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary mendedahkan bahawa penyebaran ajaran sesat itu turut dikesan di Selangor, Johor dan Kedah.

Ketika mengulas mengenai Tanah Perkuburan Islam Bestari Jaya yang semakin pada dan terhad, Mohd. Zawawi berkata, beliau difahamkan pihak berkuasa sudah meninjau kawasan tanah perkuburan itu baru-baru ini.

“Namun, saya akan mendapatkan maklumat menyeluruh mengenai perkara itu untuk tindakan lanjut,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI