fbpx

Haas nyatakan minat dapatkan Daniel Ricciardo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICCIARDO menarik minat Haas selepas spekulasi kuat menyatakan bahawa McLaren bakal menamatkan kontraknya musim depan. – AFP

STAVELOT – Pelumba Formula Satu (F1) Australia, Daniel Ricciardo masih berpeluang untuk terus kekal dalam perlumbaan itu meskipun pasukan McLaren dikatakan mahu menamatkan kontraknya hujung musim ini.

Memandangkan spekulasi berhubung masa depannya bersama McLaren tidak akan bertahan lama, ia membuka ruang buat pasukan-pasukan lain untuk mendapatkan khidmatnya bagi mengharungi saingan 2023.

Difahamkan, pasukan dari Amerika Syarikat, Haas sangat berminat untuk membawa ma­suk bekas pelumba Red Bull itu selepas prinsipalnya, Guenther Steiner sudah menghubungi Ricciardo ketika bercuti sebelum ini.

Kemungkinan untuk menyaksikan Ricciardo berlumba bersama Haas musim depan cukup tinggi memandangkan kontrak pelumba sedia ada, Mick Schumacher akan tamat hujung tahun ini, sekali gus mencerahkan peluangnya untuk berganding bersama Kevin Magnussen.

Bagaimanapun, situasi itu agak rumit memandangkan Ricciardo meminta pampasan bernilai lapan angka daripada McLaren untuk dia meninggalkan pasukan tersebut kerana kontrak sedia ada hanya tamat pada penghujung musim 2023.

“Saya masih percaya dengan kemampuan diri dan layak untuk terus berada dalam perlumbaan F1. Keyakinan inilah sentiasa membakar semangat saya untuk terus lakukan apa yang diminati.

“Perlumbaan F1 merupakan sukan yang melibatkan kumpulan kecil, jadi ia satu kebanggaan untuk menjadi sebahagian daripadanya. Ia sangat unik dan saya mahu terus berada dalam kumpulan ini,” kata Ricciardo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI