fbpx

Djokovic bakal terlepas aksi Terbuka AS gara-gara vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC enggan mendapat suntikan vaksin Covid-19 menyebabkan dia mungkin dihalang untuk memasuki AS. – AFP

NEW YORK – Bekas pemain tenis No.1 dunia, Novak Djokovic mungkin tidak dibenarkan ber­aksi pada kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang akan bermula 29 Ogos ini kerana enggan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Bagaimanapun, pemain Serbia itu berharap beberapa perubahan baharu terhadap peraturan Covid-19 di Amerika Syarikat membuka ruang untuk dia memburu gelaran keempat pada kejohanan tersebut.

Kerajaan Amerika Syarikat baru-baru ini memperkenalkan pera­turan baharu berhubung tempoh kuarantin serta penjara­kan sosial, sekali gus dianggap memberi kelebihan buat Djokovic.

Bekas pemain tenis Amerika Syarikat, Andy Roddick menje­laskan, peraturan baharu itu ha­nya melibatkan rakyat negara tersebut selain menegaskan, Djokovic perlu berdepan akibat atas pilihannya sendiri.

“Bagi saya, sesuatu yang amat malang kerana dia tidak dapat datang untuk beraksi di kejoha­nan Terbuka Amerika Syarikat. Bagaimanapun, itu adalah pilihan­nya dan dia juga perlu hormati peraturan di sini.

“Kita semua perlu bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan atas pilihan yang dibuat. Saya akui kejohanan ini akan le­bih baik dengan keha­dirannya, namun penganjur tidak boleh me­ngubah polisi kerajaan,” kata­nya.

Sebagai rekod, Djokovic pernah ‘dihalau’ dari Austra­lia awal tahun ini kerana kekal dengan pendirian untuk tidak mendapatkan vaksin sehingga menyebabkan dia tidak dapat beraksi pada Terbuka Australia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI