fbpx

Darlings, satira gelap keganasan rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DARLINGS diawali dengan keindahan kasih sayang, sebelum tiba-tiba disuntik ‘plot twist’ melibatkan rumah tangga Badru dan Hamzah.

JIKA inginkan sesebuah naskhah yang tidak terlalu berat untuk difikirkan dan agak santai untuk dinikmati, filem Bollywood berjudul Darlings perlu memasuki senarai tontonan.

Tersedia dalam platform Netflix sejak 5 Ogos lalu, Darlings menggabungkan antara komedi gelap dan realiti dalam masyarakat terutama bagi pasangan suami isteri.

Paling penting, tentang betapa ampuhnya seorang wanita berdepan cabaran hidup biarpun sebelum itu dirinya dipandang enteng bagai tiada nilai.

Tunjang ceritanya tentang sebuah komedi gelap sehingga menarik minat penonton untuk menikmati filem berkenaan.

Lebih menarik Darlings juga menerima respons positif netizen dalam media sosial.

Darlings berkisar kehidupan seorang wanita, Badrunisha atau Badru lakonan Alia Bhatt yang berkahwin dengan Hamzah (Vijay Varma) atas restu ibunya, Shamsu (Shefali Shah).

Sayangnya, pernikahan mereka tidak seindah yang dibayangkan apabila Hamzah ternyata seorang kaki botol biarpun pada awal cerita, watak Badru dipaparkan sebagai seorang isteri yang lantang dan kurang ajar, berbeza dengan suaminya yang lembut dan memahami.

Perubahan dinamik antara kedua-dua watak itu pantas bertukar apabila berlaku pertukaran personaliti antara mereka selepas Hamzah tiba-tiba menjadi suami kaki pukul.

Keadaan tersebut memaksa Badru tampil dengan idea luar jangkaan semata-mata ingin menyelamatkan perkahwinannya dek cinta yang masih menebal terhadap Hamzah.

Klise untuk tonton atau didengar tetapi sikap Badru yang sukar meninggalkan suaminya memang banyak berlaku di luar sana, sekali gus memaparkan realiti kehidupan alam berumah tangga.

Komedi gelap

Memasuki pertengahan jalan cerita, Darlings berubah menjadi komedi yang sangat gelap apabila menonjolkan pendekatan Badru menangani masalah dialaminya dengan cara berbeza.

Meskipun setiap orang melihat kes keganasan rumah tangga daripada pelbagai sudut tetapi Darlings sebenarnya menjadi antara medium membantu mereka yang menonton untuk berdepan permasalahan tersebut biarpun adakalanya penuh satira.

Sebenarnya, agak sulit untuk membina sebuah naskhah yang mengandungi elemen lelucon tetapi pada masa sama tetap menyelitkan mesej untuk pengajaran kepada penonton.

Tetapi Jasmeet selaku pengarah dan penulis skrip bijak mengatur jalan cerita dengan babak-babak yang meninggalkan kepuasan kepada penonton.

Terutama ketika Badru dan ibunya membalas dendam terhadap Hamzah dengan cara ‘menculik’ dan menderanya di dalam rumah mereka.

Bukan hanya tentang keganasan rumah tangga yang diangkat dalam Darlings tetapi banyak topik lain wajar diambil iktibar terutama penggunaan alkohol, penipuan, cemburu dan balasan atas perbuatan jahat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI