fbpx

Cium BCL, Ray Prasetya dikecam netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video (tengah) tular memaparkan Ray mencium pipi BCL ketika membuat persembahan bersama baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tindakan berani pendatang baru Ray Prasetya mencium pipi penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL, 39, pada sebuah persembahan baru-baru ini menerima kecaman hebat daripada orang ramai.

Ketika momen kurang sopan tersebut berlaku, Ray atau nama sebenarnya Muhammad Raynald Prasetya sedang membuat persembahan menyampaikan lagu duet Aku Dan Dirimu pada BC Blossom Intimate Concert di Singapura Ahad lalu.

Mungkin terlalu teruja berpeluang berduet dengan BCL, Ray melakukan aksi spontan dengan mencium pipi pelantun lagu 12 Tahun Terindah itu yang turut terkejut dengan tindakan tersebut.

Tindakan tersebut seterusnya mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peminat BCL sebelum ‘menyerang’ Instagram Ray dengan komen kecaman dan sindiran.

“Tidak sopan mencium orang sembarangan. BCL juga terkejut, jagalah sikap dan hormatlah dia sebagai seorang wanita,” tegur seorang netizen.

“Kasihan arwah suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair,” komen seorang lagi netizen.

Meskipun isu tersebut hangat diperkatakan, Ray mahupun BCL tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.

Sebelum Ray, nama BCL juga pernah menjadi bualan netizen apabila sering beraksi mesra dengan penyanyi, Ariel Noah setiap kali membuat persembahan bersama.

Sebagai info, BCL yang juga seorang pelakon merndirikan rumah tangga dengan Ashraf pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair.

Pada 18 Februari 2020, industri seni Malaysia dan Indonesia dikejutkan dengan berita pemergian Ashraf akibat serangan jantung.

Selepas bergelar ibu tunggal, BCL sering digosipkan bercinta dengan beberapa selebriti terkenal seperti Reza Rahadian dan Ariel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI