fbpx

Ayam sakit punca harga telur di Indonesia melambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musim peralihan menyebabkan ayam jatuh sakit, sekali gus mengurangkan kuantiti penghasilan telur. – Antara

JAKARTA – Harga telur ayam di Indonesia rata-rata dijual melebihi 30,000 rupiah (RM9.06) bagi setiap satu kilogram sekali gus menjadikannya rekod tertinggi sejak lima tahun lalu, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.

“Isu mengenai lonjakan harga telur  tercetus beberapa minggu lalu.

“Daripada  27,000 rupiah (RM8.16)  harga telur meningkat kepada  29,000 rupiah (RM8.76), seterusnya  30,000 rupiah (RM9.06) sekilogram. Bahkan sekarang harganya mencecah 32,000 rupiah (RM9.67).

“Ini merupakan harga tertinggi yang dicatatkan sejak  lima tahun lalu  menurut Kementerian Perdagangan,” kata Ketua Umum Persatuan Pedagang Pasar Indonesia, Abdullah Mansuri.

Sementara itu, Ketua Persatuan Penternak Ayam Telur, Yudianto Yosgiarso berkata, antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan mendadak harga telur ayam adalah program bantuan sosial berupa pengagihan telur daripada Kementerian Sosial.

“Memang bantuan sosial ada memainkan  peranan, namun perlu diingatkan jangan sampai ia dijadikan  ‘kambing hitam’,” katanya.

Tambah Yudianto, sebelum perang Russia-Ukraine tercetus, harga dedak makanan ayam hanya 6,250 rupiah (RM1.89) bagi setiap kilogram, namun kini harganya melonjak kepada 7,600 rupiah (RM2.30) bagi satu kg.

Selain itu, kata Yudianto, faktor cuaca turut memain peranan utama dalam mempengaruhi harga telur. Ini kerana musim peralihan menyebabkan banyak ayam jatuh sakit, sekali gus mengurangkan kuantiti penghasilan telur.

“Cuaca yang tidak menentu menyebabkan banyak ayam sakit,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI