fbpx

Atletico Madrid terpaksa potong gaji pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRIEZMANN (kanan) dan Felix dikatakan akan menjadi pemain yang perlu menerima pemotongan gaji oleh Atletico sekiranya mahu kekal bersama pasukan itu. – AFP

MADRID – Atletico Madrid dilaporkan meminta beberapa pemain utama pasukan itu untuk menerima potongan gaji bagi membantu mengurangkan masalah kewangan sedang dihadapi kelab tersebut.

Tonggak pertahanan kanan, Thomas Lemar telah bersetuju dengan rundingan baharu yang menyaksikan dia menandata­ngani kontrak sehingga 2027 bersama 40 peratus potongan gaji.

Penjaga gol, Jan Oblak pula dikatakan bakal melanjutkan kontraknya sehingga 2028 di Wanda Metropolitano dengan pemoto­ngan gaji yang besar selain bersetuju menerima penangguhan pembayaran.

Difahamkan, antara nama lain yang disebut-sebut perlu ‘berkorban’ buat Atletico ialah kapten, Koke dan dua penyerang, Antoine Griezmann serta Joao Felix.

Situasi itu secara tidak langsung menimbulkan kemarahan Barcelona kerana bimbang Atletico mengubah pendirian untuk tidak menandatangani Griezmann secara tetap hujung musim ini.

Sebagai rekod, Griezmann akan lengkap tempoh pinjaman semusim bersama Atletico pada 31 Ogos ini dengan Barcelona didakwa tiada masalah untuk terus meminjamkan penyerang Perancis itu kepada skuad bim­bingan Diego Simeone.

Bagaimanapun, Atletico perlu membayar The Catalans £50 juta (RM264.99 juta) untuk mendapatkan Griezmann secara tetap musim depan seandainya mereka bersetuju untuk meneruskan urusan pinjaman musim ini.

Buat masa ini, Griezmann masih lagi berada dalam pe­rancangan utama Simeone berdasarkan dua perlawanan terdahulu ketika Atletico menang 3-0 ke atas Getafe sebelum tewas 0-2 di tangan Villarreal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI