fbpx

Tiga warden, ustaz didakwa bunuh penghuni pusat pemulihan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang ustaz dan tiga warden dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar hari ini atas pertuduhan membunuh penghuni pusat pemulihan dadah tersebut minggu lalu

KUALA KANGSAR – Seorang ustaz dan tiga warden sebuah pusat pemulihan dadah di Padang Rengas berhadapan hukuman mati di tali gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh penghuni pusat itu, Rabu lalu.

Nasri Wafi Jamaludin, 25; Noor Ashraf Ikhmal Jaafar, 22; Ahmad Anat Fairuz Anak, 27; dan Muhammad Luqmanulhakim Abdul Aziz, 20, didakwa membunuh Muhamad Shahrul Samion, 25.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pusat Pemulihan Darul Islah, Padang Asam dekat Padang Rengas pada pukul 12.30 tengah hari sehingga 7.45 malam, 17 Ogos 2022.

Berita berkaitan: Ibu terkilan tak sempat lihat anak berubah

Keempat-empat tertuduh mengangguk dan mengaku faham pertuduhan selepas dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Shazmeer Zamhari.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam Tan Chak Seng.

Mahkamah menetapkan 12 Oktober depan untuk sebutan semula sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI