fbpx

EPL: Thomas Tuchel berdepan hukuman tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCHEL diberikan masa sehingga esok untuk memberikan maklum balas terhadap pertuduhan berkenaan dan bakal berdepan hukuman tambahan. – AFP

LONDON – Selepas dikejutkan dengan kekalahan kepada Leeds United 0-3, Chelsea berdepan satu lagi tamparan selepas Persatuan Bola Sepak (FA) England ini sedang memulakan pendakwaan terhadap pengurusnya, Thomas Tuchel berhubung ke­nya­taannya berkaitan penga­dil.

Ia menjadi pertuduhan kedua buat Tuchel selepas sudah pun dikenakan penggantungan satu perlawanan dan denda £35,000 (RM184,996) kerana insiden pergaduhan dengan pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte sejurus tamat perlawanan 14 Ogos lalu.

“Thomas Tuchel telah didakwa melanggar Peraturan FA E3 berhubung komen yang dilakukannya selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Chelsea dan Tottenham Hotspur pada 14 Ogos lalu.

“Komen yang dikeluarkan oleh pengurus itu pada sidang media adalah berbentuk tidak wajar kerana bertentangan dengan Peraturan FA E3.1, seolah-olah membayangkan berlaku berat sebelah atau mempersoalkan integriti pengadil atau menjatuhkan reputasi perlawaan.

“Thomas Tuchel diberi masa sehingga Khamis (esok) untuk memberikan maklum balas terhadap pertuduhan ini,” menurut kenyataan dikeluarkan FA England.

Pada perlawanan itu, pengurus dari Jerman itu meluahkan kemarahannya terhadap penga­dil, Anthony Taylor apabila men­dakwa pegawai berkenaan sebagai individu yang tidak boleh dipercayai untuk mengadili per­lawanan membabitkan The Blues.

Selain itu, Tuchel bertegas yang kedua-dua jaringan Spurs tidak patut dikira kerana mendakwa berlakunya kekasaran terhadap Kai Havertz dan tindakan Cristian Romero menarik rambut Marc Cucurella.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI