fbpx

Tahan lasak, reka bentuk menarik ciri peranti terkini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIVO Y 35 memberikan prestasi terkini mengagumkan yang diingini pengguna di luar sana.

PASARAN telefon pintar terus berkembang setelah banyak syarikat pengeluar mempertaruhkan peranti terkini mereka kepada pengguna.

Vivo antara yarikat yang tidak melepaskan peluang itu dan mereka telah melancarkan telefon pintar terkini bagi siri Y iaitu Y35.

Peranti ini dilengkapi ciri-ciri terkini dengan kuasa pemprosesan luar biasa serta didatangkan dalam reka bentuk yang sangat bergaya dan tahan lasak.

Peranti ini menampilkan paparan FHD 6.58 inci dengan resolusi 2408×1080 dan warna P3.

Selain mempunyai paparan yang mengasyikkan, peranti ini menawarkan kadar pensampelan sentuhan tinggi dan kadar penyegaran sehingga 90Hz.

Peranti ini juga telah menjalani ujian kualiti yang ketat untuk memberikan pengguna sebuah telefon pintar yang tahan lasak terhadap calar, kejatuhan dan cuaca melampau.

Penarafan kalis air IPX4 dan kalis debu IP5X menjadikan peranti ini sebagai teman terbaik untuk pelbagai gaya hidup pengguna.

Dalam pada itu, peranti ini dijana dengan pemprosesan Snapdragon 680 yang menawarkan kelajuan maksimum sehingga 2.4GHz untuk memberi prestasi lebih cekap dan berkuasa, tetapi menjimatkan kuasa.

Mengintegrasikan teknologi Extended RAM3.0 terbaharu, peranti ini mempunyai 8GB RAM dengan tambahan memori maya 8GB dan menjadikan jumlah RAM, 16GB.

Peranti ini juga mempunyai keupayaan untuk menjalankan fungsi berbilang aplikasi dengan lancar kerana disempurnakan oleh algoritma Multi Turbo 5.5 yang mengoptimumkan kekuatan prestasi.

Selain prestasinya yang luar biasa, peranti ini turut dilengkapi dengan kapasiti bateri sebesar 5,000mAh dan dilengkapi dengan pengecasan pantas 44W.

Peranti ini mampu mengecas sehingga 70 peratus kuasa dalam masa hanya 34 minit.

Dalam pada itu, berbicara tentang kamera, peranti ini didatangkan dengan kamera utama 50MP menggunakan sensor besar untuk menghasilkan gambar definisi tinggi.

Selain itu, peranti ini juga dilengkapi dengan kamera bokeh 2MP dan kamera makro 2MP yang memberi kepelbagaian untuk pengguna merakam gambar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI