fbpx

Syahrini tak lagi kejar nikmat dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAHRINI

SELEPAS mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya, penyanyi sensasi Syahrini mengakui tidak lagi berminat mengejar nikmat dunia, sebaliknya mahu fokus mendalami ilmu agama.

Bahkan, penyanyi yang popular menerusi lagu Sesuatu itu juga meluahkan tidak lagi merindukan kehidupan lalunya yang diulit populariti, terutama ketika aktif membuat persembahan pentas.

“Saya tidak mahu lagi menoleh ke belakang, apa yang pernah terjadi dalam karier saya sebagai penyanyi.

“Apa yang terjadi dahulu adalah sebuah proses kehidupan. Setiap orang akan melalui satu fasa yang akan mendewasakan mereka,” ujarnya.

Pada masa sama, Syahrini juga mahu mengurangkan aktiviti dalam media sosial terutama berkongsi kegiatannya bersama keluarga bagi menghormati privasi suaminya, Reino Barrack.

“Saya juga tidak mahu lagi terlalu aktif dalam media sosial. Paling tidak saya hanya akan berkongsi kegiatan mengunjungi rumah anak-anak yatim dalam saluran YouTube sahaja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI