fbpx

Skuad besbol buru mata pertama ranking dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada pasukan besbol lelaki memperagakan jersi rasmi yang akan digunakan pada Piala Koni di Jakarta bermula esok hingga 29 Ogos ini.

PETALING JAYA – Penantian skuad besbol lelaki negara untuk beraksi buat kali pertama di pentas antarabangsa hampir 12 tahun akhirnya menjadi kenyataan sejak menyertai Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia.

Ia selepas mereka dijadualkan menghadapi saingan antarabangsa Piala Koni yang akan diadakan di Jakarta, Indonesia bermula esok hingga 29 Ogos ini.

Menariknya, ia turut membuka peluang buat skuad besbol lelaki negara untuk memungut mata ranking dunia pertama dengan menentang Indonesia, Singapura, Korea Selatan dan kelab-kelab besbol terbaik tuan rumah.

Presiden Persekutuan Besbol Malaysia (BFM), Sazali Husain menaruh keyakinan tinggi terhadap barisan pemainnya untuk memberikan prestasi terbaik biarpun ini adalah kali pertama mereka beraksi di luar negara.

“Lebih 11 tahun tanpa pendedahan antarabangsa, jadi kami lihat kejohanan ini sebagai pendedahan pertama buat para pemain. Namun, kami yakin pasukan ini mampu bersaing hebat dengan Indoensia dan Singapura.

“Ranking Singapura tak begitu tinggi, berbeza dengan Indonesia sebagai negara kedua Asia Tenggara. Korea Selatan pula terlalu jauh berbanding kita.

SAZALI (lima dari kiri) percaya skuad besbol lelaki negara mampu memberikan saingan hebat untuk memburu mata ranking dunia yang pertama pada aksi Piala Koni di Jakarta bermula esok.

“Ini adalah satu penghargaan buat Malaysia apabila badan dunia membenarkan perlawanan yang melibatkan mata ranking dunia,” katanya dalam sidang akhbar pengenalan jersi pasukan di Sportsrevo Outlet di Evo Mall, Bangi hari ini.

Selain penyerahan jersi yang ditaja oleh Sportsrevo, BFM turut mengumumkan akan korporat baharu, BubblesO2 Sdn. Bhd. sebagai penaja platinum badan induk itu pada majlis berkenaan.

Skuad lelaki sebelum ini pernah menyertai pelbagai kejohanan seperti Sukan Sea Manila 2005, Sukan Sea Bangkok 2007 dan Piala Besbol Asia 2009.

Selain itu, skuad negara juga pernah meraih gangsa Kejohahan Kelayakan Piala Dunia 2020 di Chandigarh, India pada 2000 sebelum sukan besbol tanah air menjadi suram dan ketinggalan jauh dengan negara-negara serantau.

Pasukan besbol wanita pula sedang mempersiapkan diri untuk aksi kelayakan Piala Dunia di Hong Kong pada Mac 2023 selepas mempamerkan pretasi menyerlah dalam Siri Jelajah Pakistan di Lahore pada April lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI