fbpx

Sidec lancar Anugerah Usahawan E-Dagang Terbaik Malaysia 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kai Ping (empat dari kanan) pada majlis Majlis Pelancaran Top ECM 2022 di Pusat Kreatif Digital Selangor, Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec) komited untuk memainkan peranannya  memantapkan ekosistem ekonomi digital secara holistik selaras dengan misi kerajaan negeri Selangor menjadi Negeri Pintar yang boleh didiami di ASEAN menjelang 2025.

Menurut Exco Industri dan Perdagangan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, edisi ketujuh Anugerah Usahawan E-Dagang Terbaik Malaysia 2022 (Top ECM) adalah bukti bahawa Sidec berada di landasan yang betul dalam meningkatkan usaha merangsang ekonomi digital secara keseluruhan.

“Apa yang baik untuk negeri kita adalah baik untuk negara. Saya sangat berharap agar anugerah ini diperluaskan skopnya untuk membolehkan kita menerima lebih banyak penyertaan daripada kategori yang berbeza,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Top ECM 2022 di Pusat Kreatif Digital Selangor (SDCC) semalam.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Sidec, Yong Kai Ping berkata, hasrat Top ECM adalah untuk mengiktiraf peniaga yang bijak memanfaatkan keupayaan platform e-dagang yang terkenal untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara dalam talian.

“Ia sama seperti bagaimana kita terpaksa menyesuaikan diri dengan pelbagai norma baharu, peniaga tradisional dan yang baru muncul juga perlu seiringan dalam usaha tersebut.

“Sidec berhasrat untuk memberi ganjaran kepada peniaga e-dagang tempatan yang paling berjaya dan inovatif sambil membolehkan mereka menyerlah dan mendapat manfaat daripada pelbagai peluang yang akan meningkatkan kesedaran jenama di kalangan rakan  keusahawanan mereka dan pemain industri lain,”jelasnya.

Kai Ping berkata, adalah penting bagi usahawan untuk berkembang maju dengan pantas dalam pemasaran produk secara atas talian.

Mengulas mengenai penyertaan Top ECM, pada 2016, hanya 60 peniaga e-dagang menyertai anugerah sulung ini.

“Namun sebagai perbandingan, 2021 menyaksikan peningkatan seramai 181 peniaga dengan hasil jualan atas talian berjumlah RM47 juta. Pertumbuhan mendadak ini menunjukkan industri e-dagang berkembang pesat,”katanya.

Top ECM turut disokong oleh Affin Bank Berhad (AFFIN Bank) sebagai penaja utama dengan kerjasama SUBPLACE sebagai platform e-dagang rasmi. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI