fbpx

Sarjan polis tak mengaku minta, terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH (kemeja biru) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang anggota polis berpangkat sarjan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada dua individu yang terbabit dalam kes curi Ogos tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Azlan Mohd. Nor, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Azlan sebagai anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) secara rasuah meminta masing-masing RM1,500 daripada dua individu yang berusia 36 dan 45 tahun.

Suapan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kedua-dua mereka yang terbabit dalam kes curi dalam bangunan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik nombor 11 Jabatan Siasatan Jenayah IPD SPT di sini kira-kira pukul 5.40 petang, 15 Julai 2021.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 16 (a) (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.

Tertuduh turut berdepan satu lagi pertuduhan apabila didakwa menerima rasuah sebanyak RM1,300 daripada salah seorang individu terbabit.

Kesalahan terbabit didakwa dilakukan di lokasi sama kira-kira pukul 6.25 petang pada 8 Ogos 2021.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azlan Basri, manakala tertuduh diwakili peguam, Chandra Segaran. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI