fbpx

Risiko bayi mati, rahim pecah bila kerap lahir secara ‘caesar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Terdapat sesetengah wanita mengandung memilih untuk menjalani proses kelahiran secara pembedahan (caesar) berbanding normal disebabkan beberapa faktor kesihatan serta daya ketahanan badan.

Namun, perlu difahami bawa terdapat risiko yang membimbangkan sekiranya pembedahan tersebut dilakukan melebihi tiga kali.

Pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan menerusi perkongsian di kumpulan Telegram menjelaskan antara risiko yang bakal dihadapi golongan wanita adalah kematian bayi serta menyebabkan rahim pecah kerana kekerapa bersalin secara pembedahan.

Lebih parah, sekiranya rahim pecah, kemungkinan besar ia perlu dibuang selain berlaku pendarahan kritikal sewaktu proses melahirkan atau semasa tempoh penyembuhan.

“Selain itu, bahayanya pembedahan ceasar jika dilakukan lebih tiga kali boleh menjadi punca kepada masalah angin pasang.

“Risiko lain ketika proses bersalin, uri akan melekat dan tidak dapat dikeluarkan daripada rahim,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI