fbpx

Piala AFC: Dua gol Josue bantu KL City atasi PSM Makassar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paulo Josue (jersi merah) meledak dua gol untuk bantu kemenangan 5-2 KL City ke atas PSM Makassar pada aksi final zon Asean Piala AFC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. FOTO Amir Khalid

KUALA Lumpur City terus memastikan nama Malaysia kekal di pentas pertandingan Asia apabila menewaskan PSM Makassar 5-2 di final Zon Asean Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Muncul satu-satunya wakil negara yang masih bersaing, kejayaan hebat KL City ini menyaksikan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur kembali ‘hidup’ dengan menerima 2,905 penyokong.

Kejayaan menjuarai zon Asia Tenggara kali ini menyaksikan KL City akan terus ke final antara zon dan akan menanti pemenang perlawanan antara kelab Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh dan wakil Hong Kong, Eastern.

Walaupun memulakan permainan secara lebih berhati-hati, KL City seakan memanfaatkan 15 minit pertama untuk membaca corak taktikal lawan manakala gerakan PSM Makassar pula lebih tertumpu kepada dua pemain bertubuh tegap, Everton Nascimento dan Willem Pluim.

Selepas beberapa kali dihimpit kecewa, penyerang utama tuan rumah, Romel Morales akhirnya meledak gol pembukaan perlawanan pada minit ke-33.

Sebaik aksi memasuki masa tambahan, penyerang dari Colombia itu sekali lagi mencuri perhatian dan kali ini mencipta peluang buat Jordan Mintah meledak gol kedua KL City.

The City Boys memulakan babak kedua dengan cukup sempurna apabila menambah gol ketiga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh ketua pasukan, Paulo Josue pada minit ke-50.

Bagaimanapun, KL City berdepan detik cemas apabila PSM Makassar memperoleh dua gol pantas dalam tempoh lima minit, bermula dengan jaringan Yakub Sayuri pada minit ke-58 dan Akbar Tanjung, minit ke-63.

Tempoh enam minit terakhir menjadi detik paling cemerlang buat KL City apabila menambah dua lagi gol menerusi Josue pada minit ke-84 dan sepakan penalti Hadin Azman pada masa kecederaan.

TAMAT

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI