fbpx

Petisyen Najib tidak wajar diampunkan dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster petisyen yang dikeluarkan Bersih

PETALING JAYA – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memulakan sebuah petisyen kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk tidak mengampunkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijatuhkan hukuman baru-baru ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati, petisyen itu sudah mendapat sekitar 28,000 orang yang menandatanganinya.

Menurut Bersih, ada pihak yang sudah mula memikirkan untuk memohon pengampunan kepada YDPA dan tidak mahu biarkan ini berlaku.

“Rakyat memohon limpah perkenan Tuanku agar tidak menggunakan kuasa Tuanku mengurniakan keampunan kepada mantan Perdana Menteri Najib Tun Razak kerana jenayah terhadap kepentingan rakyat Malaysia sekalian.

“Beliau telah disabitkan bersalah menyeleweng dana awam melalui SRC International dan telah diberikan proses pengadilan yang seadilnya.

“Sebagai rakyat, patik-patik sekalian berasa sengsara dengan kesan korupsi oleh mereka yang diberi mandat membangun negara ini tetapi sebaliknya memenuhkan tembolok sendiri dengan kekayaan negara,” katanya.

Menurut Bersih, Najib tidak malu dengan perbuatannya, sekalian rakyat terpaksa hidup menahan malu kerana negara terpalit sebagai kes kleptokrasi terbesar di dunia.

“Rakyat sepenuh hati memohon limpah perkenan Tuanku untuk mempertimbangkan rayuan sekalian agar sebarang permohonan ampun oleh Najib, yang telah memberi malu kepada negara ini.

“Kita tidak boleh bertoleransi dengan korupsi walau siapapun pelakunya. Biarlah Najib menjalani hukuman 12 tahun penjara dan membayar denda RM210 juta untuk dijadikan amaran kepada semua pemimpin yang sangka mereka boleh dengan korup menyalahgunakan kuasa,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI