fbpx

Penunggang maut, rakan parah langgar lampu merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG remaja dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya di persimpangan Jalan Chain Ferry, Butterworth di sini pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang penunggang motosikal maut manakala rakannya cedera parah apabila motosikal yang ditunggangi melanggar lampu isyarat merah sebelum dirempuh sebuah kereta di persimpangan Jalan Chain Ferry, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, dalam kejadian pada pukul 6.20 pagi itu, mangsa berusia 18 tahun dilaporkan maut di tempat kejadian manakala pembonceng berusia 20 tahun cedera parah pada kepala.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang tidak berhenti di lampu isyarat merah menyebabkan pemandu kereta tidak sempat mengelak sebelum terbabas ke laluan bertentangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemandu kereta, seorang lelaki warga asing berusia 38 tahun yang juga pelajar institusi pengajian tinggi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI