fbpx

Mahkamah: Jurujual curi wang tabung surau dijel 6 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Asri (tengah) dipenjara enam bulan selepas didapati bersalah mencuri duit tabung surau RM100 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang jurujual bagaikan tidak serik melakukan kesalahan mencuri duit tabung surau kali kelima selepas dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh Muhammad Asri Abdullah, 21, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa mencuri duit RM100 dari tabung surau sebuah flat di daerah ini pada 20 Ogos lalu.

Mengikut fakta kes, perbuatan Muhammad Asri dikesan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di surau berkenaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Majistret Noor Mazrinie memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh Muhammad Asri ditangkap pada Ahad lalu.

Difahamkan, sebelum ini, Muhammad Asri sudah empat kali ditahan atas kesalahan mencuri wang tabung surau dan masjid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI