fbpx

Kena daftar jika beli dron bermula akhir 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Mereka yang berhasrat membeli sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) atau juga dikenali sebagai dron di negara ini perlu mendaftar diri untuk menggunakan alat elektronik itu bermula akhir tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Chester Voo berkata, pendaftaran itu perlu bagi pengawalseliaan operasi dron yang dilihat bebas ketika ini.

Ka Siong (tengah) bergambar bersama para peserta pada program Bengkel Pengoperasian UAS/Dron bersama media di Putrajaya di sini, hari ini.-GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

“Kami juga akan memperkenalkan Sistem Pengurusan Trafik UAS (UTM) menerusi pindaan Peraturan Penerbangan Awam 2016 yang bakal dibentangkan di Parlimen kelak.

“Buat masa ini, kami baharu memghantar draf tersebut kepada pihak Kementerian Pengangkutan dan jangka boleh diwartakan menjelang suku pertama 2023,” katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Terdahulu, beliau menghadiri Sesi Bengkel Pengoperasian UAS Bersama Petugas Media Putrajaya dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI